Friday 3 July 2015

Edisi Menjahit - Pola & Nota Jahitan PJ Bottom @Seluar Tidur

Sewing is my passion. Walaupun saya claim ianya my passion, jangan expect jahitan tip top, kemas ala butik, or baju yang terletak cantik pada badan. InsyaAllah, one fine day in future. But for now, bertabah je lah dengan whatever level of quality he he.

Rabu lepas cuti. Ada appointment di Columbia Asia. This women ver 4.1 la katakan. I have this thing that is not supposed to be there. But since it doesn't bother me at all, Dr advised me to just leave it be. Alhamdulillah nothing calls for serious attention. But I have to go for follow-ups. Routinely. Appointment scheduled late morning so pagi tu sempat jahit PJ bottom for abang gebu kita, si Iman. Susah nak cari seluar kat kedai yang selesa untuk dia. So? Jahitlah kan. Tak perlu keluarkan duit beli kain coz I 'refashioned' kain pelikat abahnya yang dah koyak sikit.
 
Posted the result on fb .. and then ada orang mintak ajar. I am honoured but please be reminded I have no formal training untuk menjahit (except some basics kelas SRT masa sekolah menengah) and often, I used my gut- feeling. And of course trial and error. And I only sew for family members. Kalau terketat, terlonggar or whatever 'ter'.. opkos the complaints and grievances can be kept at minimum level. He he.

Anyway.

I am sharing with you all on how I measured and sewed PJ bottom Iman ni. Feel free to try tapi kalau tak menjadi seadanya... ampun sangat okay.
 
 
Mula-mula of course kena ambik measurement. Tips nya..
1. Masa measure jangan ukur ngam-ngam. (kecuali bahagian pinggang) Lebihkan ukuran ikut keselesaan.
2. Nak mudah, potong dulu kain empat segi ikut ukuran lebar a-g dan panjang i ke b.
 
 
Lepas measure, boleh lah buat pola. Saya tak buat pola kertas sebab saiz anak-anak cepat sangat berubah. Dan saya tak rajin nak ubahsuai pola kertas later on hehe. And then potong. Yang ni trickly sikit for beginners. Kita perlu dua bahagian seperti di bawah. Jangan potong dedua sama pulak,.. nanti dapat untuk sebelah kaki je. Satu bahagian untuk kaki kanan. Satu lagi untuk kaki kiri. Caranya, selesai potong bahagian 1, terbalikkan pola, dan potong untuk bahagian 2. Atau terbalikkan kain. 
 

 
 Lepas potong, tibalah kita kebahagian yang second exciting iaitu menjahit. Jahit dulu bahagian cawat. Yang belah kiri tu bahagian punggung. Yang kanan tu belah depan (Rujuk Rajah 1) Lepas tu jahit kaki pulak (Rujuk Rajah 2).

Kelepet bahagian pinggang untuk masukkan getah. Saya biasanya jahit dulu bahagian pinggang, tinggalkan lubang kira-kira 2 inci. Kemudian masukkan getah kat lubang tu. Cantum getah. Dan lepas tu jahit lubang 2 inci tadi. Kelepet tu mesti muat getahnya ya.

Seterusnya jahit kelim kaki seluar pulak.
 


So part mana yang paling exciting? Yang first? Gantung seluar elok-elok, ambik gambar then share kat fb! Macam ni..

Cawat seluar saya buat labuh. Sebab si pemakainya suka duduk kangkang. This is what I meant tadi - pelikat refashioned hehe.


Selamat mencuba!

1 comment:

  1. kak T, nak kertas yg akak lukis tu la boleh tak? hehe..boleh masuk dlm buku nota saya

    ReplyDelete