Friday 27 June 2014

of impending ramadhan and kampung food

Lagi 2 hari, insyaAllah muslimin dan muslimat akan mula berpuasa. Anak-anak dah dimaklumkan weeks before jadi harap-harap mental cukup sedia. Iman di beri warning supaya kontrol makan, kalau tak nanti tak muat baju raya. Adam setuju puasa 1/2 hari. Weekends semua ke surau atau masjid untuk terawikh. Hari bekerja biasanya Abah saja ke surau atau masjid.

Like past years, I aim for homecooked meals for iftar and sahur, insyaAllah. We both suami isteri are working. Which means we need to brave the heavy traffic before we could get to our pots and pans and what nots. Menu belum buat lagi. Ahad ni baru nak shopping groceries and lauk pauk. For iftar, cabarannya on weekdays la, bergelut dengan masa. For sahur pulak, cabaran besarnya would be apa nak makan sahur nanti? Tahun tahun lepas, sebelum tidur, saya ambik order dulu, esok pagi bangun dah tahu nak masak apa dan makanan apa yang anak-anak (dah abahnya) nak.


Ni gambar Iman waktu balik kampung cuti sekolah baru-baru ni. Maknya sebok menumbuk, dia pun nak menumbuk. Haa terer tak anak saya, tumbuk sambal guna satu jari je hehe.


Sebut aje nak makan ulam, bukak pintu dapur nampak pokok peria.Fresh. Nikmat duduk kat kampung. Macam-macam ada. Kebetulan time tu musim mempelam, pauh, kuini. Sedapp. Kuini pulak molek-molek sangat, takde ulat kat dalam tu. Dulu kecik-kecik gendong dalam baju bawak balik rumah. Kena marah la baju dah kena getah buah. Getah kuini jangan main-main yek, boleh melepuh kulit. Especially yang fresh tu.



Untuk tengahari. Capai lesung buat sambal kuini. Menambah-nambah makan walhal lauknya ikan goreng je. Ulam peria. Cubaan ke tiga (atau ke empat?) menambah nasik, tertiba kedengaran di hujung sana satu suara hemmm... bukan dah tambah 2 kali tadi?



Mempelam sampai tak boleh nak di makan dah. Terlalu banyak. Biar je, jadi baja nanti. Antara mempelam dengan juini, my personal favorite is kuini. Lebih manis and bau nya lagi sedap.


Antara aktiviti digemari anak-anak kalau balik kampung - bakar sampah! Maknya dulu kecik-kecik kalau disuruh bakar sampah.. cukup malas hehe. Dah budak-budak membesar kat bandar, dapat bakar sampah pon cukup happy.


Ha.. ni bukan anak saya. Ni bapak kepada anak-anak saya. Aritu jalan bergandingan ada orang ingat saya ni kakak dia. Haishh.. nak kena makan jamu muda jelita banyak-banyak neh. Yang, tolong gemok balik.. supaya I nampak relatively muda he he.


Antara makanan kegemaran. Dodol kukus. Kalau bulan puasa, sampai nak berebut beli dodol ni. Satu lagi yang syok sedap is buah melaka kukus. Sedap lemak, manis, masin.. lembut. Malangnya di KL takde jual. Atas tu orang kampung saya panggil tahi minyak. Santan di masak lama-lama sampai jadi minyak, akan ada tersisa ketulan macam tu. Sedap woo.

Kalau balik kampung eloklah pakai seluar getah saja supaya boleh letak macam-macam makanan dalam perut. Kalau Mok buat gulai patin.. saya orang pertama susun pinggan nak makan.

Apapun, berbalik kepada bulan puasa yang bakal menjelma ni, let's try not to waste, in any forms, food ke, masa ke. And make the most of month beribadah.

Ramadhan Mubarak to all muslims!


No comments:

Post a Comment