Tuesday 15 July 2014

of achievements & jelly-custard recipe

Ramadhan 2014 - Day 16. Dah lebih separuh bulan puasa. Alhamdulillah. Mari doakan saudara mara kita di Gaza yang sedang diuji hebat. Dan kesemua saudara mara kita yang ditimpa kesulitan tak kira di mana pun mereka. Yang mampu bersedekah wang ringgit, sedekahlah. Paling tidak, berdoalah.

Hari Isnin minggu lepas, Kakak terima watikah perlantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber sekolah. Finally! Berbulan-bulan lamanya acara sepatutnya diadakan, baru Isnin lepas betul-betul terjadi. Waktu dia tamat sekolah kebangsaan, kami galakkan dia to be an active student. Waktu sekolah kebangsaan, she was an intovert, quiet student. When she told us she was appling for Pengawas PSS, ofkos lah kami sangat galakkan. And maklumkan dia that jawatan comes with responsibility and that she should not take lightly on the roles she's entrusted with.


On the same day, Iman told he nama dia kena panggil naik stage masa perhimpunan. Ahhh sudahh.... ingatkan kena denda ke apa. Rupanya dia dapat badge, Murid Mithali. Congrats Abang.

Exactly Ramadhan 10 years ago way back in 2004, I was heavily pregnant with him. On 20th Ramadhan, I gave birth to him. Never expected Allah to select us to raise a special child. It was (and still is) not sugar-and-spice-and-everything's-nice kinda thing. It was an emotional ups and downs. It was a winding road. Nevertheless, alhamdulillah, banyak belajar tentang banyak perkara. And I know more about myself. Susah nak explain, it's like mencari diri sendiri.

Of late, he's been all curious and asks lots of questions about lots of things. If he's not satisfied with our answers, he googles them up the net. Everytime there's Hari Akademik, the same comments on him being unable to concentrate, fidgeting and whatnots. And the latest, his class teacher commented that he does not act his age. He's 10 but he's 7. Imagine him back in 2011, starting year 1 at 7 years old but inside him is like a 4 years old. Must be pretty scary to be (almost) alone without us fimiliar faces in a big school.

Anyway, I am happy with his curiosity. Go explore. Go widen your world boy. I will always hold your hands until you let mine go.


Di bawah ni, saya kongsikan resepi Jelly Custard. Similar with puding trifle, cuma bahagian bawahnya tak swiss roll, instead buat custard. First time makan this combination (jelly+custard) kat rumah Elin waktu visit dia and her baby. Sejuk-sejuk... sedappp.


Bahan-bahan
1. 1 tin susu sejat cair
2. 1 tin air (sukat guna tin susu yang sama)
3. 3 sudu besar tepung custard
4. 3 sudu besar gula
5. 2 kotak jelly serbuk (saya guna Nona)
6. 1 tin buah pic dalam tin (saya guna sliced peach) - ambil buah saja

- Masukkan susu sejat, 1/2 tin air dan gula dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih perlahan dan gula hancur.
- Campurkan 1/2 tin air dengan tepung kastad.
- Alih periuk berisi campuran susu dari api sebentar. Tuang campuran tepung kastad ke dalam campuran susu sambil mengacau.
- Kembalikan periuk ke atas dapur, teruskan memasak hingga agak likat. Hati-hati jangan sampai campuran berketul. Sentiasa kacau. Personally, saya lebih suka gunakan whisk.
- Tuang dalam acuan dan biarkan sejuk.

- Masak jelly serbuk seperti arahan pada kotak.
- Susun buah pic atas campuran kastad yang telah sejuk.
- Tuang jelly yang masih panas secara perlahan-lahan ke atas custard. Pastikan susunan buah pic tidak huru hara :)
- Biarkan sejuk sedikit, kemudian masukkan ke dalam fridge.


* Saya tambah sedikit cream corn dalam adunan kastad. Tapi anak-anak lagi suka plain, with no corn.
** Boleh juga di makan dengan whipped cream (gemok gemok!)

Selamat mencuba dan selamat meneruskan Ramadhan dengan lebih khusyuk lagi..
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment