Thursday, 27 June 2013
*ehem* dah ganti puasa?
Giat!
Marathon.
Dari Isnin lepas. Hari ni InsyaAllah berganti 4 hari.
Tinggal lagi satu, InsyaAllah minggu depan.
Kenapa tak puasa esok saja?
Esok cuti, Report Card Day.
Alasan saja bukan?
Bukannya tak boleh puasa kalau cuti kerja?
Bukannya cuti bulan mengambang pun...
Kali ni sengsara.
Terkena time jerebu.
Tekak perit dan batuk-batuk.
Orang kata kena minum air banyak.
Tapi saya puasa..
Nak tangguh ganti bimbang tak sempat nak kejar bulan puasa.
Tu lah.. sapa suruh ganti lambat-lambat kan.
Tahun lepas 5 hari saja cuti bulan mengambang bulan puasa.
Dulu kadang-kadang puasa 2 minggu saja.
Tanya doktor, apa saya ni nak menopos ke?
Doktor kata Ish.. awak muda lagi.
Nak masuk 40 muda lagi ke?
Apapun pengajarannya - ganti puasa cepat-cepat!
Suami saya baca mesti angkat kening sebab tiap tahun ni la pengajaran yang saya sebut-sebut tapi manjang lewat juga..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment