Tuesday, 15 January 2013

menuju puncak!

Hari Khamis minggu lepas Kakak hulur surat dari sekolah. Perjumpaan guru-guru yang berkenaan dengan semua ibu-bapa murid Tahun 6, 2013. Perkaranya tak lain tak bukan - persediaan untuk UPSR.


Terkesan dengan tips Pengerusi PIBG. Ada 5 perkara yang ditekankan..
:: 1.
- tak sempat dengar sebab terlewat sampai - :P
:: 2.
Solat hajat bersama keluarga setiap minggu paling kurang. Cari kesempatan ke surau/masjid dengan keluarga sekali setiap minggu, paling kurang.
:: 3.
Komunikasi dengan anak-anak. Jangan terlalu cepat 'memotong' bila anak-anak cuba berkomunikasi tentang sesuatu.
:: 4.
Pantau prestasi anak-anak secara konsisten dan bukannya 'melompat' 2x setahun iaitu time dapat buku rekod anak-anak.
:: 5.
Tunjukkan kasih sayang melalui kata-kata dan perbuatan.


Yang dibentangkan adalah proposal extra classes, khemah ibadah, kelas pemulihan dan macam-macam lagi. As for me, I'd pick and choose mana-mana yang sesuai. Tak maulah sampai tekanan perasaan pulak si Kakak nanti semua nak kena pegi kan. And of course to inform parent on costs that require our attention.

Balik tu terus inform Kakak what she's to expect from February. Yang pastinya she needs to go to Saturday classes 8.00am - 12.30pm. I know it's going to be a tad bit tiring but we all will do what we have to do. Program optional lain-lain tu, see how it goes la.

Ya Allah, permudahkan jalan untuk kami dan terutamanya untuk anak kami, Nurul Athirah.



2 comments:

  1. Replies
    1. :D
      it'll not be easy, no doubt. mintak2 kuat semangat nak harung :D :D

      Delete