Thursday 31 October 2013

demam nak pandai..

Ahad malam Isnin, Cik Mat ni menyelinap masuk bilik kami, join sekaki tido. Bukan sekaki je, setangan, sebadan, sekepala.. sampai Abahnya give up tido kat tilam kecik tepi katil. Rupanya Cik Mat ni demam. Tapi tido tetap membuas. Bangun pagi ceria.. all chirpy and cheeky. Mak nya tengah siap sedia nak mandi pun dia suruh keluar sebab dia ada urusan kat toilet that could not wait.

Fine. Kasi chan la kan.


Tak sampai tengahari, sms diterima dari taska. Badan Cik Mat ni panas.. tak kebah-kebah walau dah bagi ubat. Maka tengahari tu baliklah kami ambik dia bawak pegi klinik. Sepanjang kat klinik gitulah muka dia. Tanya soalan satupun tak nak jawab. Offer apa-apa pun semua takde respon. Ofkos la tak offer dia Lego Starwars idaman dia yang berharga RM300++ tu kan.


Balik rumah dia nak tengok muvi Turbo. Habis muvi nak makan nasi dengan sup. Syukur ada periuk Noxxa ni. Pressure cooker yang sangat membantu time sesak-sesak macam ni. Saya tak jual.. sila cari agen Amway ya. Cik Mat ni memang suka tolong Ummi masak. Masa tu macam dah kebah sikit. Dialah yang paling sebok menumis bagai. Halfway through masak, demam balik.. terus tertido. Bangun makan, cuma 5-6 sudu je. Yang tak demam berpinggan-pinggan makan nasi.



Esoknya nampak segar. Cakap pun dah banyak sampai tak terlayan cerita ceriti dia. Dan pentingnya - dia tunjuk skill membaca :D Adoi nakk.. sukanya Ummi. Selalunya kalau Ummi ajak dia baca buku (saja nak test skill dia), dia cakap dia tak tau. Tak reti.

My fren cakap, macam baby.. nak pandai buat something, demam dulu.

Alhamdulillah Allah permudahkan. A very different story dengan Iman. Alhamdulillah Allah bagi peluang kami merasa kedua-dua keadaan. Dengan Iman, walaupun lebih mencabar, terlalu banyak life lesson yang kami belajar, yang tak tertulis di kertas.

No comments:

Post a Comment